Apa itu KKDI?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Pernah dengar tentang KKDI?

Kalau tak pernah,atau pertama kali dengar saya nak berkongsi pengalaman menyertai kelas KKDI dan bagaimana KKDI mengubah pandangan saya mengenai kehidupan.

KKDI adalah ringkasan kepada Kamalia Kamal Development Indicator. Ya, Kamalia Kamal adalah nama kepada pengasas kkdi. Tak apa, jangan risau. Ini bukan scam ya 😁 dan bukan ajaran sesat..

KKDI adalah cara untuk kita mengenal karakter berdasarkan data yang ada pada kak kay. Ya, kami gelarkan Kamalia Kamal sebagai kak kay.

Ada 6 karakter semuanya. Eagle,woody wood pecker,penguin,mamalion,swan dan honeybee. 

Melalui 6 karakter ni,kita akan belajar cara mereka berfikir dan bertindak. Memahami karakter mereka supaya kita tahu cara respon yang betul untuk keharmonian hubungan. Bukan sahaja untuk rumahtangga tapi juga untuk keluarga,hubungan di tempat kerja,kawan dan sebagainya.

Setiap dari kita ada keenam enam karakter ini tetapi kita akan fokus pada karakter yang dominan. 

Bagaimana ingin mengetahui karakter kita? Kita perlu melalui ujian sebelum mengetahui karakter kita. Link bagi ujian boleh didapati Di IG Kamalia Kamal.

Setelah mengetahui apa karakter kita,apa yang perlu kita lakukan?

Kita boleh mengikuti kelas atau membeli ebook bagi mengetahui lebih banyak lagi mengenai karakter kita! Atau boleh mengikuti kamalia Kamal di IG dan FB beliau .

Namun bagi yang mengikuti kelas, kita akan pelajari lebih dalam tentang setiap karakter. Di akhir setiap kelas ada sesi qna bersama kak kay yang mana kita dapat lihat bagaimana penyelesaian bagi permasalahan mengikuti karakter dan dapat belajar dari pengalaman hidup orang lain di dalam kelas.

KKDI juga mempunyai group support di telegram yang akan membantu kita dan menjawab persoalan kita. Sejujurnya selepas mengikuti kelas KKDI saya agak 'blur' dan tidak tahu bagaimana untuk apply ilmu ini dalam kehidupan saya. Bila saya rujuk semua soalan di group support,mereka membantu saya dan perlahan-lahan saya dapat melihat bagaimana saya dapat menggunakan ilmu KKDI.

Bagaimana pandangan saya berubah selepas menyertai KKDI.

Ya, seperti yang saya katakan tadi.. saya agak blur di permulaan. Tujuan asal saya mengikuti kelas ini adalah kerana saya mempunyai masalah dan sering merasa tertekan setiap hari.

Oh ya, kelas ini sekali bayaran seumur hidup. Dan kita berpeluang menyertai setiap kelas selepas itu secara percuma. How cool is that! 

Selepas 3 kali 'recharge' kelas dan aktif di group telegram,akhirnya saya menemui sedikit perubahan dan merasakan perubahan dalam diri saya kerana saya mula memahami bagaimana setiap dari kita berbeza dan bagaimana orang tidak memahami saya kerana mereka mempunyai karakter berbeza.

Sepertimana kita mempunyai warna kegemaran berbeza,begitu juga dengan karakter manusia. Konflik timbul bila kita memaksa mereka untuk merasakan apa yang kita rasakan!


Selepas mengetahui karakter saya,saya dapat mengetahui kelemahan saya dan selepas mengetahui karakter orang di sekeliling saya,saya dapat melihat mereka dengan pandangan baru.Yang paling menginsafkan bagi saya,saya menyedari banyaknya saya 'play victim' dan meletakkan kesalahan pada orang lain.😭

Saya selalu merasakan buruknya layanan orang pada saya sebelum ini. Selepas mengikuti kelas, saya menyedari saya bukan sesiapa,dan mereka tidak perlu memberi saya layanan istimewa. Kerana kesedaran itu,maka kuranglah saya merasa 'sensitif' dan 'sentap' tak bertempat.


Saya bersyukur kerana menemui ilmu ini,dan berpeluang memperbaiki diri.


Kalian pula, bagaimana kalian menangani stress?


Hingga berjumpa lagi,stay safe!

love, 

      kay²❤

Comments

Popular Posts