Skip to main content

Posts

Featured

COMFORT ZONE ATAU ZON SELESA

 Kalian pernah dengar tentang 'comfort zone'? Bagaimana dengan kalian sendiri? Adakah kalian berada di dalam comfort zone kalian? Sejujurnya ketika saya agak muda (masih muda) saya kurang faham akan makna comfort zone. Untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu juga saya tidak tahu. Namun saya hanya akan berkongsi pengalaman saya berkenaan comfort zone saya sendiri. Ini adalah 100% pandangan dan pengalaman peribadi saya.  Saya mempunyai satu rutin harian yang membuatkan saya rasa selesa dan bahagia. Saya yakin kalian juga mempunyai rutin yang sama. Bayangkan perkara itu. Bagi saya, salah satunya adalah menonton movie kegemaran berseorangan dengan santai ditemani snek kegemaran.  Ketika saya menulis ini, ya, saya terpanggil oleh movie yang saya ingin tonton. Itu lebih menyeronokkan ketika ini. Namun saya paksa diri saya, kerana tidak mahu penulisan ini kekeringan idea sekiranya saya sambung di lain waktu.  Ini saya kira comfort zone saya,namun dari sudut yang lebih remeh dan

Latest posts

Apa itu KKDI?